Khamis, 1 Mac 2018

BELEBAT UBI STELO

SEDAPNYA Belebat Ubi Stelo ni! Lemak manis, lembut teksturnya kaya dengan rasa keledek. Jadi min kongsikanlah resipinya dengan korang semua....
BELEBAT UBI STELO


BAHAN-BAHAN:
160gm tepung beras
200gm gula
125gm ubi stelo ungu | potong kiub kecil
125 gm ubi stelo oren | potong kiub kecil
3 biji pisang emas masak di lecek kasar
800ml santan
1sudu teh garam halus
Daun pisang secukupnya |layur dahulu
CARA MEMASAK:
1. Rebus ubi stelo sekejap, kemudian tos airnya dan ketepikan.
2. Campurkan air, santan, tepung beras, garam dan gula.
3. Tapis dalam periuk dan masak adunan yg ditapis hingga pekat.
4. Campur ubi dan pisang.
5. Ambil sesudu besar adunan, letakkan di atas daun pisang dan bungkuskannya.
6. Kukus adunan selama 10-15 minit sehingga masak.
7. Sedia dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan